BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, November 23, 2010

Mentang-mentang aku duduk di kerusi belakang...

JADI KO PIKIR KAU ADA PELUANG MAU ***** SAYA LAH?

Tunggu 100 Jam lagi!

Oki cukup merepek...

Petang kelmarin, seperti biasa petang yang membosankan. Masa dah masuk ke dalam bas, adalah konon-kononnya sebijik kerusi paling speSIAL tersedia di paling belakang bas tersebut, di mana di sebelah kanannya ada seorang lelaki tua dan seorang budak kecil, dan sebelah kirinya pula ada dua orang perempuan yang berperangaikan...pelik sedikit.

Tiada orang 'berani' ambil, jadi saya rebutlah peluang ini untuk duduk di kerusi itu.

Relaks betul saya duduk di kerusi itu sampai tertidur, NAAAAH! mula lah cerita hangat!

Saya tak perasan masa tu, perempuan yang duduk di sebelah kiri saya ni letak kakinya di paha saya, saya pula apa lagi;

MAMA MIA! This is so uncomfortable!

Kecil sangat ka saya sehingga paha saya pun ko mau telan guna kaki kau? Jangan ja punggung kau sekali diletak di atas badan saya lepas ni. Tapi bukan dia saja yang buat saya rasa tidak selesa, lelaki tua di sebelah kanan saya ni pun sama! Sengaja dia lipat tangan dia macam tu tali, supaya tangan kanan dia boleh ambil kesempatan mau pegang badan saya kunu.

Nah apalagi, mengeras la saya sepanjang perjalanan.

Kenapa bah manusia ni?? pelik! Is my gender is too ambiguous to you?

Kemudian perempuan ni pun turun juga akhirnya di simpang ke jalan perpustakaan. Adalah sudah tempat duduk kosong di sebelah kiri, lari aku ke sana sampai ke hujung sampai tercium jendela dan sampai kasih keluar kepala di jendela.

Lepas tu ni orang tua pun bubut (kejar) saya, ketara tidak puas hati ni. Nah apa lagi! Mula dah melipat tangan dia semula supaya tangan kanan dia boleh di-cover oleh tangan kiri dia semasa berprojek.

Kesyokkan betul ni, kesyokkan memegang muscle tangan orang adalah, tangan saya tu budu! Membelai ni! Bukan kucing tu budu! MUSCLE BAH TU!

Saya pun dengan tidak sedap hatinya membuat genggaman di kedua-dua tangan saya sampai nampak tu ketulan buku lima saya, saya pelatih karate jadi biasalah buku lima saya besar sedikit untuk orang yang kecil seperti saya.

Kasih cracking sikit the knuckle seperti orang bersedia untuk menumbuk, orang tua itu pun mula berasa sedikit ragu-ragu dengan saya.

Ow~~ Boleh bah kalau kau, saya pun membuka zip beg saya untuk mengambil sesuatu yang berwarna kelabu. Mahu juga saya kata, "kau nampak ni? kelabu ni skarang! Jadi merah ni nanti!"

Lepas tu saya pun berjaya menakutkan orang tu, dia pun menyesarkan punggungnya sejauh 1 kerusi dari tempat duduk saya. Perang psychology yang tidaklah se-psycho manapun, SUCCESS.

Saya pun berasa ragu-ragu juga, sebab benda yang berwarna kelabu tu bukan pisau la, tapi sudu yang saya simpan di dalam beg sejak semester lalu lagi.

1 comments:

Anonymous said...

ayat tu bah punya lucu wkwkwkwk