BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, December 22, 2010

'Jom Pigi Water World' Event

Dikhaskan kepada ahli-ahli BSMM terutamanya yang telah menyertai kursus jurulatih beberapa hari lalu.

Tempat: Water World, Taman Tun Fuad, Jln Bukit Padang (btl ka apa sy tulis ni?)
Tarikh: 21 Disember 2010, Selasa (kelmarin)
Masa: 11.30 kumpul di terminal kk, 12pm mula baranang!

Saya datang sana pukul 11am, kawan sy sorang lagi si Robert datang sana pd pukul 9am lg, paling manang la tu orang, semangat ni. Tepat pukul 11.30am gitu, saya dan Robert jalan terus ke Water World, malas mau tunggu orang, kata pukul 11.30am jumpa kat terminal kk, ini jam 11.30 baru bangun pagi!

Tanpa membuang masa, kami jalan terus. Sampai di water world sja, kami terjumpa sorang lagi member, QD nama panggilannya, dan sorang adik lelakinya. Robert pun terus melompat masuk ke dalam kolam tanpa menunggu kami, sebab masa on the way ke Water World dari perhentian bas dekat hospital bukit padang tadi memang panas, cukup2 la sy dapat sunburn dari kem hari tu, nanti mandi di WW lagi, ada lagi 'tanda setingkat'(tanda sunburn bergaris di antara yang terkena sunburn dan yang ter-cover oleh ssuatu sperti pakaian atau topi).

Pastu datang sorang pegawai dari BSMM, dia sorang jurulatih kawad kami di kem tersebut, nama panggilannya si Hantu, sebab anak mata dia basar dan menakutkan.

Pastu penganjur event ini datang mau dekat pukul 2pm, kau lah paling WIN! MANANG!

Akhirnya yang datang ke WW hanya Robert(si ohm), Tracy (si hantu), Ryn (si gay), Matthew (pondan), Glen (ktua pondan, bdk Eurasian), Eleen Wong(M&M), Em-em(mama), CJ, Alias Liew (penganjur), QD (desperate poser), adik QD (Valeen), Edna (ex si Ryn) dan Virut (si bingung/antivirus).

Berenang puas2 sehingga pukul 5pm, pastu sempat lagi pergi makan dan minum di restoran yang berdekatan. Masa on the way ke perhentian bas dekat hospital bukit padang tadi kami disiram air hujan.

..................................................................

Gambar-gambar

Em-em dan Eleen



Hantu Berenang



Trip Kiut



Barisan Naga chiplak




Jerung wannabe



Kicik



Water World Next Top Model (bdk Eurasian sama Dusun 'sasat')




Lompat!



Tarabang



More Tarabang



Yang Paling Lama Berada Di Sana

Tuesday, December 14, 2010

Kursus Jurulatih Kawad Kaki Siri Khas 2010

Telah berlangsung selama 9 hari iaitu mulai dari 4 Disember sehingga 12 Disember.

Mari saya mulakan dahulu dengan cerita what the hell is this camp all about? Ia adalah kem pra-jurulatih kawad. Tidak peduli muda atau tua, kem ini adalah khas hanya untuk semua ahli BSMM. Kem ini sebenarnya kem pemilihan untuk ujian kawad kaki di Kem Lok Kawi pada bulan Mac Tahun 2011 nanti. Ahli yang paling muda ikut ni kem adalah, budak berumur 13 tahun, manakala yang paling tua ialah, 30-an tahun. Tempoh sebenar kem ni adalah selama 3 bulan, tapi oleh sebab penganjur kem dia ni excited sangat, dia kurangkan tempoh dari 3 bulan ke 9 hari sahaja, memang agak gila la kem ni, tapi tidak lah menakutkan betul berbanding dengan kem yang pernah saya ikut yang dianjurkan oleh orang yang sama.

Oki pastu, bagaimana saya ter-joined kem ni pla?

Pada mulanaya, ada sorang ahli yang tak la seberapa aktif ni marah2 kat saya, marah tentang sy tak pandai simpan resit keahlian BSMM dia. Tapi nampaknya, masalah tu bukan masalah saya, sy telah edarkan resit yang sy simpan tu kepada semua orang kecuali saya punya dan seorang lagi ahli yang pemalas bernama Suzie.

Thanks to that person, sy pun bercadang untuk mengaktifkan diri saya semula dalam persatuan ini. Tiba2 sorang pegawai BSMM me-recommend-kan kem ini kpada sy, seminggu sebelum kem ini mula. Reaksi sy ialah,

"DUDE! boleh awal sikit kah inform sy pasal benda ni?? Minggu depan sy ada final exam lah...aduss!"

Akhirnya saya pergi juga.

...............................................

Sebelum latihan kawad bermula, kami kena buat senaman pagi dahulu iaitu lari pusing sekeliling padang sebanyak 2 kali, pastu membuat pemanasan badan, tiba2 ada latihan karate lagi.

Pelajaran kami dibahagikan kepada dua, pertama ialah mengajar kawad (hari kedua sehingga hari keempat), kedua pula kawad setingkat(hari kelima sehingga hari ketujuh). Dan ada dua ujian teori(hari ketiga dan hari keenam).

Kedua-dua pelajaran kawad praktikal kami diajar hanya dalam tempoh sehari, sehari lagi untuk pra-ujian, dan sehari lagi ujian ujian sebenar.

Latihan kawad kaki biasanya bermula dari pukul 9am sehingga 5pm atau pukul 7pm di padang Chung Hwa, Likas. Lepas balik dari padang kawad ke kem kami iaitu di Cawangan Likas, kami ada latihan seterusnya pula iaitu latihan menghafal bahasa hukuman kawad, kalau bahasa hukuman dia pendek saja tak apa, ini punya main panjang, pastu keesokan harinya pla adalah pra ujian kami. Hari ketiga pula ujian sebenar dah!

....................................................

Seterusnya sy ingin luahkan sedikit perasaan yang positif dan negatif tentang kem ini.

The good news (positive reaction)-

Seperti mana2 kem yang pernah saya ikut, kem ni memang agak tegas juga lah, tapi tidaklah setegas kem yang pernah saya ikut bertahun lalu. Kem ini juga agak spesial, lepas habis ujian kawad saja kami boleh keluar melawat ke bandar Kota Kinabalu.

Makanan dan minuman dia pun ada peningkatan dari segi kualiti dan kuantiti berbanding kem yang lalu, kenapa? sebab cukup air, dan ada disediakan teh lagi. Bukan macam dulu kalau air tak cukup sja, air paip saja lah harapan.

Dulu tak boleh bawa makanan dari luar tapi kem ni boleh pula.

Masa pendaftaran tiada kena jerit2, teda main hempas meja, tiada orang nangis masa pendaftaran! Ahli2 BSMM kali ini memang bernasib baik betul.

The bad news (negative reaction)-

Sebenarnya agak kurang la juga, sebab saya tak suka komplain benda remeh temeh, tetapi hal tentang MARUAH ini memang saya ambil berat sangat.

Saya tak peduli kau ketua kah member biasa kah, semua orang pun ada maruah. Awak inginkan kehormatan? YOU SHOULD LEARN TO RESPECT OTHER if you want respect!

Patutkah saya respect seorang leader yang bersifat BIAS ni? Memalukan membernya di khalayak ramai, masa orang buat kerja dengan aman, tiba2 datang orang yang sama ini mensabotaj kerja kami. Melanggar orang dengan bahunya lalu berkatakan "HMMPP!" ketika berlalu berhadapan dengan orang ini.

Gilakan perhatian punya orang, don't care about rules and regulation because he/she got connection.

Don't worry, Karma will attack you back and we don't know what might happen outside camp the next time i meet you.

....................................

All in all, semuanya okey, yang penting kami datang ke kem ini bukan ingin bergaduh tapi ingin mendapat kemahiran dan belajar kawad di tahap yang lebih tinggi untuk jadi jurulatih kawad kaki di cabang dan cawangan BSMM masing-masing.

Gambar-gambar:


Kawad Setingkat




Ayat hafalan



Muka Selepas Cubaan Menghafal 36 Bahasa Kawad




Medicine For Sore Throat



Percubaan Untuk Escape Dari Latihan



Salah Seorang Pegawai BSMM



Ultraman Wannabe



Lady GAGA Wannabes



Muka Tekanan



Tambah Tekanan Aku